NADI X Cybersecurity-Live Webinar; Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri
17 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Jun 2026, bermula pukul 3.00 petang, 3 orang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Cybersecurity iaitu Live Webinar; Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri.
Webinar ini bertujuan memberi kesedaran keselamatan siber yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai bentuk penipuan dan ancaman digital yang boleh menyebabkan kehilangan hak bantuan, insentif atau manfaat yang sepatutnya diterima. Dalam era digital yang semakin berkembang, penjenayah siber menggunakan pelbagai taktik seperti panggilan palsu, mesej penipuan, pautan berbahaya dan penyamaran identiti untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan: